Cerita Pasal Aiman

>> Monday, March 23, 2009

Bila la nak abis cerita Aiman ni...penat memikirkan Aiman ni...
Hari ni baru ari kedua sekolah buka after holiday, dan dia dah buat havoc, mmg dia dah miss kelas sbb demam dan seminggu sblm tu dia mmg x nak g sekolah. So bila dia pergi kelas semalam byk la keja sekolah yg dia kene buat, and knowing him very well, he always try to escape from homework. So what I did was, I sat with him and try to do his some homework, not all, definitely not possible, but at least I wanted him to do something about it...so buat la 5 mukasurat mathematics, and my guest, he must has a lot of homework need to be done, tp aku pun kepenatan dgn matematik. So berhenti kat situ sahaja. Pagi ni 24/3/2009 dia buat havoc, sbb pagi ni bila ayah dia hantar g sekolah dia refuse to go in...maka berlaku la drama yg tragik...menangis la mamat tu x nak g masuk dlm sekolah kat tepi jalan sekolah tu...lepas kene paksa, maka hubby aku tinggalkan dgn harapan dia akan masuk kelas, tp lain yg berlaku...he is so daring, dok kat luar menangis sorang2. Dan ada insan Allah ni kesian dan hantarkan dia balik umah...dlm tengah ujan lebat pulak tu...ya Allah, aku pun x tahu la dgn dia.

Dalam hati sebenarnya aku menangis dengan karenah Aiman, menangis semahu-mahunya....Ya Allah apa la dugaan ni. Setiap ibu bapa mengharapkan mendapat anak yang baik, yang mendengar kata, yang soleh dan yang menyenangkan hati ibu bapa. Mungkin ini lah dugaan yang Allah berikan untuk aku. Kalau hendak disuarakan kekecewaan usah dinyatakan, mmg kecewa, kecewa yang menggunung...tp ttp tanggungjawab kami untuk mendidik dia. Memang x tahu dimana silap kami dalam mendidik insan bernama Aiman. Sungguh sukar jalannya. Sedari kecil, merangkak, berjalan, bercakap, proses yg sama dilalui tapi mmg sukar untuk menjaga dia. Pelbagai ragam, perangai, karenah yg ditunjukkan. Orang yg sesabar Sukri pun, pagi ni mmg dia tercalar dgn perangai Aiman. Ya Allah tunjukkan jalan yg sebaik2 nya utk mendidik Aiman...lembutkan hati anakku (Aiman), jadikan dia anak yg soleh, jadikan dia anak yg berguna.
Entah dimana silapnya, dia tidak pernah menyukai sekolah, dari Tadika hingga lah sekarang...dia sentiasa mengelak untuk pergi ke sekolah. Pindah ke Putrajaya pun kerana memikirkan mudah untuk menghantar dan mengambil dia dari sekolah. Ni kami terpaksa membuat pertimbangan untuk menghantar dia ke sekolah berasrama. Kecik2 lagi kami terpaksa memerah fikiran untuk membuat yg terbaik utk dia.

Kadang kala cemburu hinggap di hati, bila mana mendengar orang bercerita ttg kebaikan dan kepandaian anak masing2. Masing2 berbangga dengan kelebihan anak2 yg dimiliki. Tertanya-tanya bilakah dapat aku bercerita seperti bangganya mereka bercerita ttg anak2. Bilakah dapat ku melihat kelebihan anak2 ku ini. Bilakah perasaan hiba akan hilang melihat mereka seolah2 tidak mempedulikan kepentingan pelajaran. Sentiasa memikirkan apakah yang akan dilakukan mereka pabila dewasa nanti. Beserah sahaja yang mampu dilakukan.

Seorang kawan yg berusia dan mempunyai anak2 remaja, berkata 'Jangan berhenti mengharap' kerana lambat laun mereka akan faham.

Sekarang ku cuba untuk 'Jangan Berhenti Mengharap'

3 comments:

comey_lote March 24, 2009 at 1:58 AM  

berjaya dalam pelajaran tak semestinya berjaya dalam hidup.
pandai kat sekolah tak semstinya bijak dalam hidup. early bloom doesn't guarantee a perfect blossom.

Lina yusuf March 25, 2009 at 12:55 AM  

No offend, but really want to see him at least at school without fail.Huhuhuu....

along April 6, 2009 at 1:32 AM  

seyes ke mama nk anta aiman g skola asrama

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP